Hi, nama saya Iman. Saya Autisme boy.
Ini gambar waktu umur saya 6 tahun.
Gambar ini adalah kenangan bahawa ayah saya pernah membeli bekas air paling mahal pernah dibeli seumur hidupnya.
RM60 satu tau!
Semua ini disebabkan saya berlari dalam kedai mainan dan merempuh almari hingga bekas ini jatuh dan kemik sedikit.
Tauke kedai cakap ayah saya wajib beli.
Saya lihat ayah saya merayu dikurangkan harga dengan menunjukkan kad OKU saya.
Tapi tauke kedai suruh bayar harga full.
Ayah saya membayarnya dengan tabah dan memeluk saya sambil hadiahkan bekas air dan cakap ini hadiah hari jadi!
(Setiap bulan hari jadi saya, serentak dengan tarikh hari jadi semua orang disekeliling saya)
Terima kasih ayah belikan bekas air yang besar ini.
Saya sambung berlari lagi!
Woha!
Ps: Agaknya itulah yang anak saya cakap jika dia boleh bercerita. Sekarang sudah 8 tahun. Tak lama lagi kembali ke sekolah. Doakan yang baik baik buat semua.
#keranadiaanaksyurga